Dec 31, 2012

Matahari akan dicampak ke dalam neraka?

Dear Dreamers,

Matahari akan dicampak ke dalam neraka?




Seusai solat Zuhur berjemaah dengan family semalam. Ayah mula berkata;


"Semua makhluk Allah berzikir kepada-NYA tanpa henti termasuklah batu. Buktinya, sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah 'Adakah makhluk-2 Allah seperti batu berzikir?' Rasulullah menjawab YA kemudian mengambil beberapa batu kelikir dan menggenggamnya. Dengan kuasa Allah kedengaran batu-batu tersebut berzikir 'Allah Allah Allah Allah'... (Subhanallah)


Salah satu contoh yang lain ialah matahari. Matahari ialah makhluk Allah yang sentiasa akur dengan perintah-NYA dan juga sentiasa berzikir kepada Allah. Tetapi matahari sudah ditakdirkan oleh Allah untuk masuk ke dalam neraka kelak.. "



Ayah berhenti. Aku tergamam. Pelik. Kenapa? Persoalannya kenapa? Berkerut-kerut dahi semua yang mendengar. Ayah mula bertanya kepada setiap seorang 'Agak-agak kenapa matahari dimasukkan ke dalam neraka?'


Semua menggeleng kepala. Tak tahu nak jawab apa. Rasanya 11 tahun sekolah ustaz atau ustazah tak pernah cerita pasal ni. Langsung tak pernah. Ayah sambung,


" Kerana matahari adalah salah satu makhluk yang pernah disembah oleh manusia. Setiap makhluk yg pernah disembah oleh makhluk yang lain tidak akan masuk ke dalam syurga WALAUPUN itu bukan salah mereka. Allah tidak benarkan sesiapa menyembah selain daripada-NYA."



Dalam hati rasa tidak adil. Padahal matahari sentiasa berzikir kepada Allah tetapi disebabkan orang lain, matahari akan dicampakkan ke dalam neraka. Ayah menjawab,


" Jangan marah. Kita tak patut marah sebab itu semua HAK Allah. Kita ni siapa nak marah? Kita ni hina sentiasa lalai tak ingat Allah buat macam-macam perkara maksiat sembahyang tak khusyuk zikir lagi tak pernah, jadi kita tiada langsung hak nak marah kepada Allah."



Dalam hati berkata 'Betul, aku ni siapa nak marah? Allah buat semua ni mesti ada hikmah disebaliknya. Apa je yang kita tahu? Baru belajar sikit ilmu dah berlagak macam tau semua. Tak habis lagi belajar ramai dah pesongkan agama kita sendiri. Macam-macam puak wujud. Gelaran 'ustaz' tapi beri ajaran yang salah. Sedar sebenarnya kita semua ni jahil dan bodoh. Bodoh.'



Semuanya angkara manusia. Manusia kejam.


Wallahualam.








No comments:

About Me

My photo
Tak selembut kapas, tidak sekeras batu, hanya ditengah. Itulah aku.