Dec 26, 2012

Kalian diharuskan menonton Rooftop Prince sebab...

Dear Dreamers,

Kalian diharuskan menonton Rooftop Prince sebab...


Okay beberapa minggu sudah berlalu. Disaat kawan-kawan tercinta memilih untuk menonton drama Love Rain, Reply 1997 dan Big, saya dengan risikonya memilih untuk menonton drama Rooftop Prince. Sebab? Sebab I tengok drama ni dapat banyak award dan disukai ramai. Dan nampaknya I tak tersalah pilih! YAY! I sangat enjoy watching this drama n_n Soooo........



NAHHH! Rooftop Prince



Okay drama ni berunsur romance, fantasy dan comedy. So basically drama ni bercerita tentang seorang putera dari zaman Dinasti Joseon (300 tahun yg dahulu) merentasi masa ke tahun 2012 bersama-sama tiga orang pengikut setianya. Sebab apa diorang tetiba datang zaman moden ni? Dengan apa? Macamana? Haaaaaa itu kena tengok sendiri hehehe.

Kenapa tajuk dia Rooftop Prince? Sebab diorang datang dari Dinasti Joseon tetiba muncul kat rooftop rumah heroin. Kenapa mesti rumah perempuan tu? Semuanya ada cerita disebaliknya. Oh drama ni jugak ada 20 episod kesemuanya. Jangan bimbang okay coz awak akan enjoy watching this drama walaupun sampai episod yang ke 20! :D





Hero dia siapa? Please please jangan menangis ye walaupun hero dia bukan Lee Min Ho ataupun Encik Aaron Aziz. Heronya dilakonkan oleh Park Yoochun bekas ahli TVXQ dan kini beraktiviti dalam kumpulan JYJ. Comel tak handsome tak? Oh yes yes yes. Heroin pulak siapa? Jangan risau heroin dia pelakon wanita yang hebat berlakon iaitu Han Ji Min. Cantik tak? Oh yes yes yes hahaha. * kenapa dengan aku ni lol *



Drama ni sangatlah harus ditonton sebab memang drama ni kelakar dan best! Ada tiga sebab utama kenapa awak pun kena tonton drama ni;

1) Jalan cerita drama yang sangat sangat menarik.
2) Skrip drama sangat bagus :D
3) Lakonan para pelakon dalam Rooftop Prince sangat mantap! (dan handsome EHEM)


Yang penting kalau awak baru nak start tengok MESTI habiskan tengok episod 1 dulu. Jangan berhenti separuh jalan okay? Sebab permulaan episod satu agak serius sebab dia nak bagitau basic cerita tapi jangan risau start pertengahan episod satu ni dah makin interesting and episod 2 memang I gelak habis. Hahahaha. You're not gonna regret watching this drama! Trust me! *tepuk dada*


Original Sound Track (OST) untuk drama ni jugak best sangat! Ini adalah top song yang I suka dari drama ni;

1) Hurt - ALi *this one really make me sad T^T*
2) Happy Ending - Jay Park
3) After A Long Time - Baek Ji Young
4) Shine - Kilgu Bong-gu



LOL all of you really buat I gelak and now I miss you guys so bad u_u


Sooo apa tunggu lagi penat I recommend drama Rooftop Prince ni. Selamat menonton ! *hulur popcorn* TENGOK TAUUUUU!



p/s : Harap boleh terima bahasa rojak saya. Terima kasih :)




No comments:

About Me

My photo
Tak selembut kapas, tidak sekeras batu, hanya ditengah. Itulah aku.