Aug 16, 2013

Geng.

Hi. Assalamualaikum.

Kini sudah bergelar mahasiswi, Insyaallah satu hari dapat dekan hihihi ((Ammin please)) Alhamdulillah, I am the new me, better than before of course and hope that I'll be a better muslimah in my future.


So selepas masing-masing dah further their study, tak menyempat nak berjumpa antara satu sama lain. Busy lah, ada exam lah, jauh lah but alhamdulillah few of my classmate last year dapat berkumpul today untuk kunjung-mengunjung ke rumah sahabat handai. Kepada kawan-kawan yg tak dapat join kitorang harini, minta maaf banyak2 sebab kitorang bergembira sakan disaat anda semua stress jawab test. Bitaufiq wan najah ya asdiqoq! ((next time we'll meet okay jangan merajuk please))


Penat haa dari U, balik naik kereta api tanah melayu dan bas... akhirnya sampai jugak di tempat yang dijanjikan. Memang excited to the max lah kaaan jumpa sebab maybe kitorang last jumpa waktu amik result SPM bulan Mac haritu. Terlalu banyak yang nak dibualkan, lecturer okay ke tak, tempat study okay ke tidak but setakat ni Alhamdulillah semuanya okay. Yang tak berapa nak okay tuu, sabarlah ye and sesuaikan diri anda di tempat baru. Ada hikmah kenapa Allah letak korang kat situ. Whatever it is, I'll pray for you guys, jaga diri, jaga aurat walau dimana jua anda berada okay. Sayang awak semua kerana Allah.



Hearts.

Feb 16, 2013

Something happened.

Dear Dreamers,




So, I went to the night market two days ago with my younger sister. Actually kitorang pergi sebelum pukul 7 sebab waktu raya cina banyak orang balik kampung so sunyi sikit, senang cakap memang berisiko lah kalau pergi waktu dah gelap.


Sampai sana beli apa yang patut dari gerai depan tawaf sampai belakang hahaha. Then, I saje berhenti kat gerai yang banyak gila tudung, baju and etc. Niat hanya untuk tengok je. So, belek tanya penjual tu 'kak nama tudung ni apa?' 'oh itu tudung 1Malaysia dik' p/s: Dalam hati berkata 'Ahh pandai dia berkempen sekali~ hihihi'


Dalam sibuk di tengah-tengah umat manusia tetiba adik I datang and bisik ' kak, dari tadi orang tengok ada sorang laki ni asyik tengok dompet akak je. Dia ikut kita dari kedai sana kot?' I was like, 'MANAAAAA?!' I pandang depan terus nampak sorang laki ni, satu mata dia macam bermasalah and he keep staring at my purse. Ohh nak aje teriak 'Encik, ada masalah?' tapi dibatalkan niat tersebut, tarik tangan adik jalan laju selit tengah orang ramai *konon nak bagi org tu confuse ah ni Conan ajar* 


Sup sap sup sap
Taaaraaaa! 
Sampai rumah.
Tarik nafas lega, Fiuh~
Selamat Alhamdulillah.


Salah I jugak tak bawak beg. Alah malaslah bawak beg padahal nak pergi night market je. Haish. Just wanna say, to all woman or man out there, sila berhati-hati dengan segala jenis puak manusia tak kira dimana pun anda berada. Zaman sekarang ni, kawan baik pun susah nak percaya apa lagi manusia yang tak dikenali.


Sekian, wasalam.

Feb 6, 2013

What's up yo 2013

Dear Dreamers,


Hai Assalamualaikum :) This is my first entry on 2013 padahal orang lain laju kemain update masa 12a.m 1 Januari aku bulan dua baru nak update. Haaaa takpelah update lambat pun okay what? Even I am late I still wanna say Happy New Year! Hope everyone will create more good memories this year Insyaallah!


Soo, SPM dah lama habis. Just tunggu nak keluar result je bulan Mac akan datang dan sepanjang cuti ni lebih sepuluh movie sudah dikhatamkan, lebih dua drama sudah lengkap dihabiskan itu tak campur lagi episod variety show macam Running Man and etc. Jadi, senang cakap hajat lepas SPM nak pulun tengok drama, movie, show sudah dimakbulkan.


Sekarang hajat yang kedua iaitu bekerja! Yes, Alhamdulillah dah lebih sebulan dah mula bekerja. Sebagai? Jeng jeng jeng I am a teacher. Hehehe. Memula cam 'alaaa okay ke nak ajar bebudak ni? Kalau ajar adik okay ah nak denda duduk dalam tandas dua jam pun no problem. takda mak ayah nak datang report' Eh jap nak menegaskan disini I never do that to my younger sisters and brothers la okay I am a good sister tak sampai hati. Haha.Tapi disebabkan my dad cakap 'orang perempuan ni elok jadi cikgu daripada jadi cashier tak berapa nak elok sikit laaaaaa.' And then I fikir 'okaylah jugak kan bagi ilmu dapat pahala sekali' ......


Okaylah tu dapat jadi cikgu. Kalau baru lepasan SPM nak jadi engineer payah ahhh cemtu. Ni sedar diri ni buat keputusan. Sekarang bila dah bekerja baru tau nilai duit RM10 tu macamana. Haaaa umur 18 tahun baru sedar nilai duit memang teruk betul aku ni. Atleast now dah sedar and I am happy with my life now. 


p/s: TAHUN 2013 BUANG BULAN MAC PLEASE I AM SCARED LIKE SERIOUSLY ASDFGHKL OH AND G DRAGON (BIGBANG) APPEARED IN MY DREAM LAST NIGHT ASDFGHJKL HAHAHAA! 



" Why so serious? Get your crayon ~ "

Dec 31, 2012

Matahari akan dicampak ke dalam neraka?

Dear Dreamers,

Matahari akan dicampak ke dalam neraka?




Seusai solat Zuhur berjemaah dengan family semalam. Ayah mula berkata;


"Semua makhluk Allah berzikir kepada-NYA tanpa henti termasuklah batu. Buktinya, sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah 'Adakah makhluk-2 Allah seperti batu berzikir?' Rasulullah menjawab YA kemudian mengambil beberapa batu kelikir dan menggenggamnya. Dengan kuasa Allah kedengaran batu-batu tersebut berzikir 'Allah Allah Allah Allah'... (Subhanallah)


Salah satu contoh yang lain ialah matahari. Matahari ialah makhluk Allah yang sentiasa akur dengan perintah-NYA dan juga sentiasa berzikir kepada Allah. Tetapi matahari sudah ditakdirkan oleh Allah untuk masuk ke dalam neraka kelak.. "



Ayah berhenti. Aku tergamam. Pelik. Kenapa? Persoalannya kenapa? Berkerut-kerut dahi semua yang mendengar. Ayah mula bertanya kepada setiap seorang 'Agak-agak kenapa matahari dimasukkan ke dalam neraka?'


Semua menggeleng kepala. Tak tahu nak jawab apa. Rasanya 11 tahun sekolah ustaz atau ustazah tak pernah cerita pasal ni. Langsung tak pernah. Ayah sambung,


" Kerana matahari adalah salah satu makhluk yang pernah disembah oleh manusia. Setiap makhluk yg pernah disembah oleh makhluk yang lain tidak akan masuk ke dalam syurga WALAUPUN itu bukan salah mereka. Allah tidak benarkan sesiapa menyembah selain daripada-NYA."



Dalam hati rasa tidak adil. Padahal matahari sentiasa berzikir kepada Allah tetapi disebabkan orang lain, matahari akan dicampakkan ke dalam neraka. Ayah menjawab,


" Jangan marah. Kita tak patut marah sebab itu semua HAK Allah. Kita ni siapa nak marah? Kita ni hina sentiasa lalai tak ingat Allah buat macam-macam perkara maksiat sembahyang tak khusyuk zikir lagi tak pernah, jadi kita tiada langsung hak nak marah kepada Allah."



Dalam hati berkata 'Betul, aku ni siapa nak marah? Allah buat semua ni mesti ada hikmah disebaliknya. Apa je yang kita tahu? Baru belajar sikit ilmu dah berlagak macam tau semua. Tak habis lagi belajar ramai dah pesongkan agama kita sendiri. Macam-macam puak wujud. Gelaran 'ustaz' tapi beri ajaran yang salah. Sedar sebenarnya kita semua ni jahil dan bodoh. Bodoh.'



Semuanya angkara manusia. Manusia kejam.


Wallahualam.








About Me

My photo
Tak selembut kapas, tidak sekeras batu, hanya ditengah. Itulah aku.