Jul 3, 2014

My Life As A Foundation Student



My Life As A Foundation Student

Assalamualaikum w.b.t syukur Alhamdulillah tamatlah sudah pengajian saya dan rakan-rakan sebagai pelajar Asasi. Bila orang tanya 'Sambung apa?' dan dijawab 'Asasi', mesti ada pelbagai feedback selepas tu. Antaranya,

'Untunglahhhh'
'Pandai bolehlaah'
'Eh tak penat ke?'
'Aku tak suka belajar sekejap sangat, tak best'
'Tahniah, proud of u!'

Ada yang negatif dan ada yang positif. Tidak mengapa. Kuatkan semangat sebab ini jalan yang kita pilih! Mesti kena yakin dengan diri sendiri, aku boleh tempuh asasi! Hati kena cekal beb masuk U mana boleh cengeng serupa budak sekolah. Semua orang pandai, bezanya rajin dan malas je. Penat? Tidur pun boleh rasa penat dik oi. Belajar kejap sangat asasi ni? Takpa dik. Awak grad dulu, awak kerja dulu Insya-Allah. Pedulikan kata orang lain. Kita tunjukkan kualiti kita! 

Masa mula-mula masuk Asasi... Hmm okaylah waktu tu baru nak adapt suasana IPT. Hari demi hari, baru terasa sibuknya kejar deadline assignment, kejar study untuk quiz, kejar program persatuan, kejar mentoring dan usrah (based on ur college's program), kejar hari presentation, kejar nak study final tapi takdalah doploh ompat jam asyik nak mengejar je.. Relax.. kitorang boleh siap berlenggang buat macam-macam aktiviti lagi. Yang paling penting.. In a short journey, less than twelve months we've created beautiful memories among us. Let the pictures describe everything....


Name of our class, AI(A)







 (Behind the scene video English sem 2 revealed! Hahaha)




 (Singgah sebentar di gerai cendol berhampiran masjid. Muka semua happy lepas kereta dah okay haha)


 (Biasalah kalau dah kena paksa amik gambar dengan Raihan dan Abel, tengah jalan pun boleh.. Malu sebenanya orang tengok...)





 (Suasana sebelum mula Pencetus Ummah. Kat luar lagi ramai berebut nak masuk.. Sesak yang teramat!)


(Recording Anta Tanya Ana Jawab, satu soalan.. kenapa lepas edit kat TV tak se-best tgk live? Serius depan2 sangat best haha)
(Kayaking! See siapa kata Asasi busy memanjang? :D)




(With our lovely and caring mentor! Tapi waktu ni Ummi tersayang pulak call, jadi Ummi diutamakan hehe)

 (Video psikologi behind the scene)







 (Presentation from another group..)





(Proud of our Farah Zafirah! You go girl! AI(A) proud of u!)





 (The end of semester 2!)



 (Waiting for our beloved lecturer!)


( The end of semester 3 )


LOVE YOU GUYS ALL THE BEST IN YOUR FUTURE 
- Farah, Suhana, Hidayah, Fakhrul, Awdadi, Afnan, Azza, Raihan, Abel, Ateh, Amir, Khaulah, Mira, Ikhwan, Sofwa, Hanis, Red Tika, Aimi, Hanif, Izah, Tiqah, Anas, Din, Aufa, Tika Ayob -


p/s: Hidup sebagai Asasian sangat best! Jom masuk Asasi? :)

Aug 16, 2013

Geng.

Hi. Assalamualaikum.

Kini sudah bergelar mahasiswi, Insyaallah satu hari dapat dekan hihihi ((Ammin please)) Alhamdulillah, I am the new me, better than before of course and hope that I'll be a better muslimah in my future.


So selepas masing-masing dah further their study, tak menyempat nak berjumpa antara satu sama lain. Busy lah, ada exam lah, jauh lah but alhamdulillah few of my classmate last year dapat berkumpul today untuk kunjung-mengunjung ke rumah sahabat handai. Kepada kawan-kawan yg tak dapat join kitorang harini, minta maaf banyak2 sebab kitorang bergembira sakan disaat anda semua stress jawab test. Bitaufiq wan najah ya asdiqoq! ((next time we'll meet okay jangan merajuk please))


Penat haa dari U, balik naik kereta api tanah melayu dan bas... akhirnya sampai jugak di tempat yang dijanjikan. Memang excited to the max lah kaaan jumpa sebab maybe kitorang last jumpa waktu amik result SPM bulan Mac haritu. Terlalu banyak yang nak dibualkan, lecturer okay ke tak, tempat study okay ke tidak but setakat ni Alhamdulillah semuanya okay. Yang tak berapa nak okay tuu, sabarlah ye and sesuaikan diri anda di tempat baru. Ada hikmah kenapa Allah letak korang kat situ. Whatever it is, I'll pray for you guys, jaga diri, jaga aurat walau dimana jua anda berada okay. Sayang awak semua kerana Allah.



Hearts.

Feb 16, 2013

Something happened.

Dear Dreamers,




So, I went to the night market two days ago with my younger sister. Actually kitorang pergi sebelum pukul 7 sebab waktu raya cina banyak orang balik kampung so sunyi sikit, senang cakap memang berisiko lah kalau pergi waktu dah gelap.


Sampai sana beli apa yang patut dari gerai depan tawaf sampai belakang hahaha. Then, I saje berhenti kat gerai yang banyak gila tudung, baju and etc. Niat hanya untuk tengok je. So, belek tanya penjual tu 'kak nama tudung ni apa?' 'oh itu tudung 1Malaysia dik' p/s: Dalam hati berkata 'Ahh pandai dia berkempen sekali~ hihihi'


Dalam sibuk di tengah-tengah umat manusia tetiba adik I datang and bisik ' kak, dari tadi orang tengok ada sorang laki ni asyik tengok dompet akak je. Dia ikut kita dari kedai sana kot?' I was like, 'MANAAAAA?!' I pandang depan terus nampak sorang laki ni, satu mata dia macam bermasalah and he keep staring at my purse. Ohh nak aje teriak 'Encik, ada masalah?' tapi dibatalkan niat tersebut, tarik tangan adik jalan laju selit tengah orang ramai *konon nak bagi org tu confuse ah ni Conan ajar* 


Sup sap sup sap
Taaaraaaa! 
Sampai rumah.
Tarik nafas lega, Fiuh~
Selamat Alhamdulillah.


Salah I jugak tak bawak beg. Alah malaslah bawak beg padahal nak pergi night market je. Haish. Just wanna say, to all woman or man out there, sila berhati-hati dengan segala jenis puak manusia tak kira dimana pun anda berada. Zaman sekarang ni, kawan baik pun susah nak percaya apa lagi manusia yang tak dikenali.


Sekian, wasalam.

Feb 6, 2013

What's up yo 2013

Dear Dreamers,


Hai Assalamualaikum :) This is my first entry on 2013 padahal orang lain laju kemain update masa 12a.m 1 Januari aku bulan dua baru nak update. Haaaa takpelah update lambat pun okay what? Even I am late I still wanna say Happy New Year! Hope everyone will create more good memories this year Insyaallah!


Soo, SPM dah lama habis. Just tunggu nak keluar result je bulan Mac akan datang dan sepanjang cuti ni lebih sepuluh movie sudah dikhatamkan, lebih dua drama sudah lengkap dihabiskan itu tak campur lagi episod variety show macam Running Man and etc. Jadi, senang cakap hajat lepas SPM nak pulun tengok drama, movie, show sudah dimakbulkan.


Sekarang hajat yang kedua iaitu bekerja! Yes, Alhamdulillah dah lebih sebulan dah mula bekerja. Sebagai? Jeng jeng jeng I am a teacher. Hehehe. Memula cam 'alaaa okay ke nak ajar bebudak ni? Kalau ajar adik okay ah nak denda duduk dalam tandas dua jam pun no problem. takda mak ayah nak datang report' Eh jap nak menegaskan disini I never do that to my younger sisters and brothers la okay I am a good sister tak sampai hati. Haha.Tapi disebabkan my dad cakap 'orang perempuan ni elok jadi cikgu daripada jadi cashier tak berapa nak elok sikit laaaaaa.' And then I fikir 'okaylah jugak kan bagi ilmu dapat pahala sekali' ......


Okaylah tu dapat jadi cikgu. Kalau baru lepasan SPM nak jadi engineer payah ahhh cemtu. Ni sedar diri ni buat keputusan. Sekarang bila dah bekerja baru tau nilai duit RM10 tu macamana. Haaaa umur 18 tahun baru sedar nilai duit memang teruk betul aku ni. Atleast now dah sedar and I am happy with my life now. 


p/s: TAHUN 2013 BUANG BULAN MAC PLEASE I AM SCARED LIKE SERIOUSLY ASDFGHKL OH AND G DRAGON (BIGBANG) APPEARED IN MY DREAM LAST NIGHT ASDFGHJKL HAHAHAA! 



" Why so serious? Get your crayon ~ "

About Me

My photo
Tak selembut kapas, tidak sekeras batu, hanya ditengah. Itulah aku.