Dec 31, 2012

Matahari akan dicampak ke dalam neraka?

Dear Dreamers,

Matahari akan dicampak ke dalam neraka?




Seusai solat Zuhur berjemaah dengan family semalam. Ayah mula berkata;


"Semua makhluk Allah berzikir kepada-NYA tanpa henti termasuklah batu. Buktinya, sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah 'Adakah makhluk-2 Allah seperti batu berzikir?' Rasulullah menjawab YA kemudian mengambil beberapa batu kelikir dan menggenggamnya. Dengan kuasa Allah kedengaran batu-batu tersebut berzikir 'Allah Allah Allah Allah'... (Subhanallah)


Salah satu contoh yang lain ialah matahari. Matahari ialah makhluk Allah yang sentiasa akur dengan perintah-NYA dan juga sentiasa berzikir kepada Allah. Tetapi matahari sudah ditakdirkan oleh Allah untuk masuk ke dalam neraka kelak.. "



Ayah berhenti. Aku tergamam. Pelik. Kenapa? Persoalannya kenapa? Berkerut-kerut dahi semua yang mendengar. Ayah mula bertanya kepada setiap seorang 'Agak-agak kenapa matahari dimasukkan ke dalam neraka?'


Semua menggeleng kepala. Tak tahu nak jawab apa. Rasanya 11 tahun sekolah ustaz atau ustazah tak pernah cerita pasal ni. Langsung tak pernah. Ayah sambung,


" Kerana matahari adalah salah satu makhluk yang pernah disembah oleh manusia. Setiap makhluk yg pernah disembah oleh makhluk yang lain tidak akan masuk ke dalam syurga WALAUPUN itu bukan salah mereka. Allah tidak benarkan sesiapa menyembah selain daripada-NYA."



Dalam hati rasa tidak adil. Padahal matahari sentiasa berzikir kepada Allah tetapi disebabkan orang lain, matahari akan dicampakkan ke dalam neraka. Ayah menjawab,


" Jangan marah. Kita tak patut marah sebab itu semua HAK Allah. Kita ni siapa nak marah? Kita ni hina sentiasa lalai tak ingat Allah buat macam-macam perkara maksiat sembahyang tak khusyuk zikir lagi tak pernah, jadi kita tiada langsung hak nak marah kepada Allah."



Dalam hati berkata 'Betul, aku ni siapa nak marah? Allah buat semua ni mesti ada hikmah disebaliknya. Apa je yang kita tahu? Baru belajar sikit ilmu dah berlagak macam tau semua. Tak habis lagi belajar ramai dah pesongkan agama kita sendiri. Macam-macam puak wujud. Gelaran 'ustaz' tapi beri ajaran yang salah. Sedar sebenarnya kita semua ni jahil dan bodoh. Bodoh.'



Semuanya angkara manusia. Manusia kejam.


Wallahualam.








Dec 26, 2012

Kalian diharuskan menonton Rooftop Prince sebab...

Dear Dreamers,

Kalian diharuskan menonton Rooftop Prince sebab...


Okay beberapa minggu sudah berlalu. Disaat kawan-kawan tercinta memilih untuk menonton drama Love Rain, Reply 1997 dan Big, saya dengan risikonya memilih untuk menonton drama Rooftop Prince. Sebab? Sebab I tengok drama ni dapat banyak award dan disukai ramai. Dan nampaknya I tak tersalah pilih! YAY! I sangat enjoy watching this drama n_n Soooo........



NAHHH! Rooftop Prince



Okay drama ni berunsur romance, fantasy dan comedy. So basically drama ni bercerita tentang seorang putera dari zaman Dinasti Joseon (300 tahun yg dahulu) merentasi masa ke tahun 2012 bersama-sama tiga orang pengikut setianya. Sebab apa diorang tetiba datang zaman moden ni? Dengan apa? Macamana? Haaaaaa itu kena tengok sendiri hehehe.

Kenapa tajuk dia Rooftop Prince? Sebab diorang datang dari Dinasti Joseon tetiba muncul kat rooftop rumah heroin. Kenapa mesti rumah perempuan tu? Semuanya ada cerita disebaliknya. Oh drama ni jugak ada 20 episod kesemuanya. Jangan bimbang okay coz awak akan enjoy watching this drama walaupun sampai episod yang ke 20! :D





Hero dia siapa? Please please jangan menangis ye walaupun hero dia bukan Lee Min Ho ataupun Encik Aaron Aziz. Heronya dilakonkan oleh Park Yoochun bekas ahli TVXQ dan kini beraktiviti dalam kumpulan JYJ. Comel tak handsome tak? Oh yes yes yes. Heroin pulak siapa? Jangan risau heroin dia pelakon wanita yang hebat berlakon iaitu Han Ji Min. Cantik tak? Oh yes yes yes hahaha. * kenapa dengan aku ni lol *



Drama ni sangatlah harus ditonton sebab memang drama ni kelakar dan best! Ada tiga sebab utama kenapa awak pun kena tonton drama ni;

1) Jalan cerita drama yang sangat sangat menarik.
2) Skrip drama sangat bagus :D
3) Lakonan para pelakon dalam Rooftop Prince sangat mantap! (dan handsome EHEM)


Yang penting kalau awak baru nak start tengok MESTI habiskan tengok episod 1 dulu. Jangan berhenti separuh jalan okay? Sebab permulaan episod satu agak serius sebab dia nak bagitau basic cerita tapi jangan risau start pertengahan episod satu ni dah makin interesting and episod 2 memang I gelak habis. Hahahaha. You're not gonna regret watching this drama! Trust me! *tepuk dada*


Original Sound Track (OST) untuk drama ni jugak best sangat! Ini adalah top song yang I suka dari drama ni;

1) Hurt - ALi *this one really make me sad T^T*
2) Happy Ending - Jay Park
3) After A Long Time - Baek Ji Young
4) Shine - Kilgu Bong-gu



LOL all of you really buat I gelak and now I miss you guys so bad u_u


Sooo apa tunggu lagi penat I recommend drama Rooftop Prince ni. Selamat menonton ! *hulur popcorn* TENGOK TAUUUUU!



p/s : Harap boleh terima bahasa rojak saya. Terima kasih :)




Dec 5, 2012

Tell the world I'm coming home.

Dear Dreamers,

Hi.
Assalamualaikum.


Ya, I sudah kembali ke dunia dreamers ini. Alhamdulillah I sudah selesai menjawab 24 kertas untuk SPM. Tarikh keramat 5 Disember 2012 akan dikenang sampai bila-bila. Padahal orang lain semua dah YAAAYY DAH MERDEKA and I baru nak merdeka harini. K. I terima kenyataan itu. But now, YAAAAYYY I AM FREE n_nv


Nampak tak apa-apa perubahan kat blog ni? Yes daripada beratus post yang ada sebelum ini kini post yang tinggal boleh dikira dengan jari sahaja. How cool is that? Yeah, memang penat kemaskini beratus post tu lenguh jugaklah jari. Waktu baca balik semua post tiba-tiba rasa malu tu datang. Sebab post I sebelum ni childish and agak kasar. Kaan?


Soo, I am trying to improve myself dari segi percakapan and cara penulisan. I am so sorry for everything. Okay stop emo tetiba.


I've got one problem, what should I do after SPM now? Hmm.

About Me

My photo
Tak selembut kapas, tidak sekeras batu, hanya ditengah. Itulah aku.