Oct 13, 2010

Anak Yang Kejam

Dear Dreamers , 

This is one of story yang I kene tolong type untuk majalah sekolah . My senior didn't know i post it here . hahaha . I YANG KEJAM ! hahaha XD

ANAK YANG KEJAM

   Salam sejahtera, nama saya Iskandar Zulkarnain (bukan nama sebenar) dan saya sekarang menuntut di salah sebuah university di Mesir. Saya ingin berkongsi pengalaman dengan pembaca budiman sekalian dan diharap kisah ini dapat dijadikan sebagai pengajaran dan iktibar pada masa hadapan.

  Kisah ini berlaku di depan mata saya sendiri, menyebabkan saya berasa sangat insaf. Untuk pengetahuan sekalian, ada seorang gadis bernama Nurul ( bukan nama sebenar ) dan tinggal bersama emaknya mak Cik Siti ( bukan nama sebenar ) di daerah Cairo. Dua beranak ini hanya tinggal berdua sahaja kerana bapa nurul telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya beberapa tahun yang lalu.

  Oleh sebab keluarga ini hanya tinggal berdua sahaja, maka hubungan antara Nurul dan emaknya amat rapat. Apa-apa sahaja yang diminta oleh Nurul akan cuba dipenuhi oleh emaknya.

  Tahun demi tahun telah berlalu, Nurul membesar menjadi remaja yang bijak, lalu mendapat biasiswa dan memasuki Universiti Fuji di Jepun. Ketika ini perangai Nurul mula berubah. Dia jarang menelefon atau pulang ke rumah ketika cuti, meninggalkan emaknya kesunyian. Akibat tidak tertahan lagi menahan rindu, Mak Cik Siti telah pergi ke Jepun untuk bertemu dengan anak kesayangannya itu. Ketika itulah berlaku satu perkara yang amat menginsafkan saya. Ia terjadi DI DEPAN MATA SAYA SENDIRI !!

  Nurul baru saja keluar dari pintu universiti bersama-sama rakan-rakannya ketika ibunya memanggil namanya. Melihat pakaian emaknya yang lusuh dan compang-camping Nurul berasa malu dengan rakan-rakannya yang rata-rata merupakan anak orang berada. Nurul telah menengking ibunya, “PERGI!! Mak Cik ni silap oranglah !!” Saya berasa terkejut dan sedih melihat Mak Cik Siti dilayan sebegitu. Mak Cik Siti memegang tangan anaknya, dia merayu agar anaknya tidak bercakap begitu tetapi Nurul yang didorong perasaan malu telah menolak ibunya jatuh lalu dilanggar oleh sebuah lori yang kebetulan melalui kawasan berhampiran di situ.

  Tubuh Mak Cik Siti terkulai dan berlumuran darah. Matanya memandang anaknya dengan diangkat tangannya perlahan-lahan untuk mengusap Nurul buat kali terakhir. Saya berasa sangat sedih dan cuba untuk menolaknya, tetapi..

..apakan daya kerana ia berlaku di dalam televisyen rumah saya sahaja. Lantas saya mengambil ‘remote control’ dan menukar ke siaran lain.
-THE END-

Budak Kacak , 
Tingkatan 5

About Me

My photo
Tak selembut kapas, tidak sekeras batu, hanya ditengah. Itulah aku.